Sabtu, 25 Disember 2010

Kisah 4 Pengantin Baru

Kisah 4 Pengantin Baru

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri.

Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon.

Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi,

Seri ke Pulau Tioman,

Murni ke Pulau Kapas dan

Suri ke Pulau Pangkor..

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah.
Ceritakan macam mana honeymoon korang.
Tak payah tulis panjang2,

pakai kod iklan aja dah cukup.
Ringkas, padat dan cepat.


" panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis

'Standard Chartered'.

Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis

"Besar, teguh dan peramah"..

Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis

'Nescafe'.

Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis

"Nikmatnya hingga ke

titisan yang terakhir"

Bahagialah Si Seri rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis

'KFC'.

Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis

'Hingga Menjilat Jari'...

Bahagialah Si Murni rupanya...
Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau.
Dua Minggu... tak ada jugak..
masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya

"AIR ASIA ".

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis..


Apa motto iklan itu...??






"7 KALI SEMINGGU..

3 JAM SEKALI..

TANPA HENTI”

ASAL-USUL POCO-POCO~

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.
Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,
umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia.
Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

Jumaat, 24 Disember 2010

Kantoi-Meniru tyme peperiksaan

Padan Muke Meniru laaa lagi...

Adeh...


Meniru lagi..kan dah kantoi..

lucah tul dorang ni...

huhuhu..~

* Tahap kelucahan adalah di bawah risiko anda melihatnya. TQ

Source from : http://ohtidak.com

Kisah mat rempit



Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Khamis, 23 Disember 2010

TAZKIRAH JUMAAT : 10 AMALAN TERBALIK

10 Amalan TerBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??….. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?

Isnin, 20 Disember 2010

apekah ini??

sekali tgk mcm batubate.
.dua kali tgk mcm rubix cube yg hubby punye..
isk isk..ape ni ek..
sekali tgk mcm batubate.
.dua kali tgk mcm rubix cube yg hubby punye..
isk isk..ape ni ek..

|
|
|
|
|
|
|
|
|

LOr KERUSI RUpe NYe...~





kerusi ni di design oleh Christopher Daniel.
kerusi ini terdiri daripada 59 bantal removable yang
dapat di leraikan dan dicantumkan semula untuk membentuk
bentuk yg baru.kira mcam kerus ini boleh ditukar
bentuk dengan creativity sendiri







SESUMPAH SUPERB...~

wow..chantiknye..nak satuu.....
lampu ni blh tukar color
stiap kali diletak di tempat berbeza.
.dah macam sesuumpah betul2 lak hehe..
Lampu ini diberi name Huey,
berharga $29,99..oo murah2
tapi syg lampu ni xde lak kat cini hahaaha..demmm....
kalau korang ade jumpe belikan utk apple satu..heheh





MALASNYA DI oRANG~

Haha..sampai berlapis2 iklan dorang tampal..hahhaha..adeh ler..pemalas nye dorang ni...dah tebal mcm kamus je..hahahhaa...ape2 pun baus gak..leh jimatkan ruang..hahhaha..tp semakkkk..hahahhaha....





Pokok krismas paling mahal..!!!

wa cukup mahal pokok krismas ni..dimane pokok krismas ni bernilai $11milion ok!!haha..nilai yg tersangat la mahal..so pokok krismas paling mahal di terpacak di loby hotel 7 bintang di United Arab Emirates.nilai sebar pokok ni adelah $10,000 je tetapi selepas ditambah dengan emas,perak,berlian n mutiara nilai pokok ni terus mencecah $11milion.dimana kat pokok ni saje ade 181 biji permata paling mahal didunia hehehe..semua nak mahal kan.so hotel ni ade menawarkan pakej penginapan selame 7hari dengan bayaran sebyak $1milion coz dalam, pakej tu lengkap dengan kereta mewah+siap dapt private plane+dapt pegawai peribadi..hahah so cmane..ada yg mampu?????



Ahad, 19 Disember 2010

Kejahilan azwan Ismail...Nauzubillah...

Azwan Ismail : Saya Gay, Saya OK





Sasterawan Negara, Shanon Ahmad pernah menulis satu novelnya lebih kurang begini; kenali diri, kenali segala ia seolah memberitahu kita jika kita mengenali diri kita, mengenali tubuh kita, mengennali perasaan kita, mengenali pemikirann kita. Kitalah yang berhak memberitahu orang lain siapa yang kita ingin jadi dan bukannya mereka. Saya Azwan Ismail, umur saya 32 tahun. Saya telah mengaku dan telah mengambil masa yang agak lama untuk mengenali diri saya, untuk meyakini diri saya bahawa saya seorang gay dan apabilanya saya berani mengatakan saya seorang gay kepada orang lain setelah 30 tahun itu saya telah menjadi seorang yang kuat dan yakin dengan apa yang bakal saya lalui pada masa depan. Memang tidak dinafikan agak sukar untuk menjadi seorang gay di Malaysia terutamanya jika kita seorang yang Melayu kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita dan memberitahu kita apa yang perlu kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi. Tapi jika kita ingat bahawa apa yang diberitahu orang lain, apa yang diberitahu oleh guru-guru kita, ustad kita, kawan-kawan kita kebanyakkannya dari pandangan seorang heterosexual. Mereka tidak merasai dan tidak memahami menjadi seorang yang gay. Kita lebih mengetahui diri kita dan kita perlu mengambil masa dan terus mencuba untuk memberitahu orang-orang sebegitu. Saya yakin keadaan akan menjadi lebih baik kita cuma perlu mencari sumber sumber kekuatan disekeliling kita kerana terdapat mereka yang dapat membantu kita dan akhirnya dapat memberikan keyakinan kepada diri kita untuk menempuhi hari-hari yang akan datang sebagai seorang gay yang lebih tabah. Saya harap anda akan akhirnya dapat menemui super kekuatan itu dan berpegang kepadanya dan akhirnya yakin untuk memberitahu kepada orang lain, Saya Gay, Saya OK.





Ape nak jadi org ISLAM sekarang..ISLAM pada nama je ke? Sama2 lah kita berdoa agar 'dia' di beri hidayah dari Nya...Amin Ya Rabbal A'lamin..
Azwan Ismail.

Macam mane XBOX 360 Dapat Nama








hahahahahhaha..~

Sabtu, 18 Disember 2010

JOM UKUR SIZE BRA ANDA (UTK WANITA SHJ)

Ini pasal perempuan sahaja..kalau lelaki nak baca suka hati korang la..(rajin la plak korang nak baca..haha..)
Sebelum ni mesti ada yang blur-blur masa nak beli bra kan...jenuh pikir nak beli cup A ke..B,C ke...cupcakes ke kan...haishh..dah la bra tak boleh try...hehe..
so meh la baca kisah dibawah....

Perkara yang perlu dibuat sebelum mengukur saiz bra korang adalah..

  • luruskan badan dan letak tangan disisi (suruh kawan tolong ukur!)
  • Guna pita pengukur yang lembut dan leper
  • Masa ukur, guna bra yang sesuai tanpa span atau besi. (jangan lak tak pakai bra, karang kawan korang malu-malu plak! wakaka)

gambar ni bukan gambar lucah
Langkah 1: Ukur Saiz Jalur

  • ukur ketat-ketat
  • Tambah 5 inci pada ukuran terakhir
  • Bundarkan jumlahnya pada nombor genap berikutnya
Langkah 2: Ukur Saiz Mangkuk

  • Ukur dengan longgar sekitar dada melalui puting
  • Bundarkan jumlahnya pada nombor penuh berikutnya
Langkah 3: Kira Saiz Mangkuk

  • Ia merujuk pada perbezaan antara saiz jalur dan saiz mangkuk


Contohnye disini ye saudari sekalian:
Saiz jalur korang 30 inci.
Saiz mangkuk korang pulak 33 1/2 inci.
Jadi....Ikot langkah 1..
Tambah 5 inci pada saiz jalur..30+5=35, lepas tubundarkan pada nombor genap seterusnya, jadi 35-->36
Bundarkan saiz mangkuk pada nombor berikutnya, 33 1/2 inci --> 34inci

Jadi hasil yang korang kira ialah :
Saiz jalur - Saiz mangkuk
36 inci - 34 inci = 2 inci

Jadi mana satu mangkuk korang?

  • 1 inci = mangkuk korang saiz A
  • 2 inci = mangkuk korang saiz B
  • 3 inci = mangkuk korang saiz C
  • 4 inci = magkuk korang saiz D

Khamis, 16 Disember 2010

Makna F._.A._.M._.I._.L._.Y

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, dah ... pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan ungu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku ke biliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang ungu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?


Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Renung2kanlah...........


Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About