- Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat.
- Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati.
- Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.
- Amalkan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.
Isnin, 11 Jun 2012
PETUA MEMUTIH & MENGUATKAN GIGI DENGAN HALIA
PETUA MEMBERSIH DAN MENGILATKAN CERMIN
Cubalah salah satu petua berikut untuk membersih dan mengilatkan cermin muka di rumah.
1) Masukkan satu sudu cuka dan sedikit air di dalam bekas penyembur. Sembur cermin dengan air cuka dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu hingga berkilat.
2) Basahkan sehelai surat khabar. Tabur sedikit bedak pada surat khabar dan gunakannya untuk mengelap cermin. Ulang beberapa kali sehingga puas hati
credit to : 101petua
.
PETUA HILANGKAN PARUT DI MUKA
PETUA HILANGKAN PANAU
Anda menghadapi masalah kulit berpanau?
Cubalah hilangkan panau dengan petua-petua di bawah:
Cubalah hilangkan panau dengan petua-petua di bawah:
- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.
-Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.
- Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.
- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.
- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu..
- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.
- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.
- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.
credit to : 101petua
Ahad, 10 Jun 2012
GULAI TEMPOYAK IKAN TALAPIA
Haduyai..Meleleh Ayaq liur.. My feveret ni.. hehehe
Waktu memasak : 40 minit
Saiz hidangan : 5-6 orang
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tempoyak
- 1kg ikan tilapia
- 1 biji nanas saiz sederhana | dipotong kecil
- 10 biji cili padi | dipotong kecil dan dibersihkan
- 10 biji cili merah | dipotong kecil dan dibersihkan
- 4 batang serai | dipotong kecil dan dibersihkan
- 2 liter air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air di dalam periuk dan campuran bahan yang dikisar dan tempoyak. Gaul sebati.
- Selepas itu, masukkan nenas dan kacau sebentar.
- Masukkan ikan talapia dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah mendidih, angkat dan hidangkan. Sedia dinikmati.
KERABU BEBOLA SAYURAN
Wah..Ini resepi paling Mudah...hehehe...berwarna-warni pemikat selera..Bunga kantan tu wangi..Sedapnya...Meh kita cuba..;)
Waktu memasak : 10 minit
Saiz hidangan : 2 orang
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji bebola sayuran
- 1 kuntum bunga kantan | dihiris halus
- 2 keping daun limau purut | dihiris halus
- 2 tangkai cili padi merah | dihiris halus
- 2 tangkai cili padi hijau | dihiris halus
- 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
- 10gm nanas dalam tin | dihiris
- 5 biji limau kasturi | diambil jusnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Di dalam sebuah bekas, campurkan bebola yang telah direbus bersama bunga kantan, daun limau purut, cili padi, daun bawang, nanas, dan jus limau kasturi. Gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hidangkan dan sedia dinikmati.
KETAYAP COKLAT
Ketayap Coklat?Biasanya Apple makan ketayap yang kale ijo tu..Korang pun mesti pernah makan kan..ala..Yang Inti die kelapa..kalau kt sini..Inti kelapa tu kale merah..Meriahh tau.. heheheh...OK jom Kita try wat ketayap COklat..Sedappp..
Waktu memasak : 25 minit
Saiz hidangan untuk : 10 orang
BAHAN-BAHAN:
- 240gm tepung gandum
- 2 sudu makan serbuk koko
- 1 biji telur
- ½ biji kelapa parut
- 2 ulas isi durian
- 2 sudu makan gula merah
- 2 sudu makan gula putih
- Sedikit santan pekat
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Untuk penyediaan intinya, masak kelapa parut dengan isi durian, gula merah, gula putih bersama sedikit air.
- Kacau rata dan biarkan sebati. Angkat dan ketepikan.
- Untuk dohnya, campurkan tepung bersama air, telur dan juga sedikit santan. Gaulkan sehingga sebati.
- Kemudian asingkan satu cawan adunan yang dicampurkan dengan serbuk koko.
- Panaskan kuali leper yang disapu sedikit minyak dan tuangkan bancuhan koko kemudian baru tuangkan adunan putih ke dalam kuali.
- Biarkan masak dan angkat.
- Letakkan inti di tengahnya dan gulung kemas.
credit to : Majalah Rasa
ONDEH-ONDEH
Assalamualaikum wbt,
Kali ini apple nak Kongsi Resepi-Resepi yang Menjadi pilihan Apple..Almaklum ler Puasa dah nak dekat.. Mesti ramai yang sedang mencari resepi2 untuk berbuka puasa atau hari raya.InsyaAllah Apple akan Kongsikan resepi2 yang Terbaek punye...hehehe...
Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 30 biji
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung pulut
- 2 sudu makan kelapa parut putih
- 6 helai daun pandan l di kisar dengan 125ml air
- 80gm gula Melaka l di potong dadu kecil
- Pewarna hijau secukupnya
BAHAN SALUTAN:
- ½ biji kelapa parut putih l di kukus dengan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung beras ke dalam sebuah bekas bersama dua sudu makan kelapa parut.
- Bancuh dengan air, air pandan dan pewarna hijau secukupnya sehingga menjadi doh lembut.
- Bulat-bulatkan doh dan letakkan seketul kecil gula Melaka di tengah-tengah doh.
- Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh tadi. Biarkan hingga doh timbul baru diangkat dan diletakkan ke dalam air suam seketika.
- Kemudian angkat segera Onde-onde tadi dan tos.
- Golek-golekkan dengan bahan salutan kelapa parut yang dikukus tadi.
- Hidangkan dan sedia dinikmati.
Credit to: Majalah Rasa
Rabu, 6 Jun 2012
Lelaki Ohh Lelaki...
Lelaki...Ohh..Lelaki...Tak semua lelaki macam kat bawah ni taw..
ini hanya tatapan kita sahaja...kreatif dan lawak tul animation ni..
Ok..cuba fahami apa yang tersurat dan tersirat gif kat bawah ni.. hahahhahaha.....
p/s: wahai Lelaki2 ....jangan wat camni hokey.. sian kat anak dara orang.. Ops.. Nasihattt jap..hahaha
Fantasy & realiti
Bila Kartun di Jadikan Real
Isnin, 4 Jun 2012
POPIA SIMPUL KASIH SIDI AFseven KEMBALI...
YUM YUM YUM..SEDAPNYEEE!!!
* Popia Simpul Kasih Sidi AF7 kembali lagi.. ( 2012 )
Ayuh..Tempahan sudah di buka untuk semua...
Untuk keterangan lanjut..boleh lah hubungi saya...
- Serunding daging 1kg - (RM 35 SHJ)
- Salut Nestum 1kg - (RM 30 SHJ)
-Serunding Daging bersalut Nestum 1kg (RM 38 SHJ)
-badam bersalut Nestum 1kg (rm35)
**Tidak Termasuk Postage
- HARGA BORONG 5PCS KE ATAS…
* Sungguh Rangup dan Enak. Di Jamin HALAL.
Kami juga menerima tempahan untuk Hari Raya, Cenderahati Majlis Perkahwinan, Door Gift dan sebagainya.
To order,
pls inbox to FB : KLIK SINI
atau Email: KLIK SINI
Seller: Sidi
Phone: 019-3990484
* Popia Simpul Kasih Sidi AF7 kembali lagi.. ( 2012 )
Ayuh..Tempahan sudah di buka untuk semua...
Untuk keterangan lanjut..boleh lah hubungi saya...
- Serunding daging 1kg - (RM 35 SHJ)
- Salut Nestum 1kg - (RM 30 SHJ)
-Serunding Daging bersalut Nestum 1kg (RM 38 SHJ)
-badam bersalut Nestum 1kg (rm35)
**Tidak Termasuk Postage
- HARGA BORONG 5PCS KE ATAS…
* Sungguh Rangup dan Enak. Di Jamin HALAL.
Kami juga menerima tempahan untuk Hari Raya, Cenderahati Majlis Perkahwinan, Door Gift dan sebagainya.
To order,
pls inbox to FB : KLIK SINI
atau Email: KLIK SINI
Seller: Sidi
Phone: 019-3990484
Langgan:
Catatan (Atom)