Ahad, 10 Jun 2012

GULAI TEMPOYAK IKAN TALAPIA

Haduyai..Meleleh Ayaq liur.. My feveret ni.. hehehe


Waktu memasak : 40 minit
Saiz hidangan : 5-6 orang


BAHAN-BAHAN:
  • 300gm tempoyak
  • 1kg ikan tilapia
  • 1 biji nanas saiz sederhana | dipotong kecil
  • 10 biji cili padi | dipotong kecil dan dibersihkan
  • 10 biji cili merah | dipotong kecil dan dibersihkan
  • 4 batang serai | dipotong kecil dan dibersihkan
  • 2 liter air
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
  1. Didihkan air di dalam periuk dan campuran bahan yang dikisar dan tempoyak. Gaul sebati.
  2. Selepas itu, masukkan nenas dan kacau sebentar.
  3. Masukkan ikan talapia dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Setelah mendidih, angkat dan hidangkan. Sedia dinikmati.

credit to : Majalah RASA


Tiada ulasan:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About